POWr Holiday Countdown

Saturday, September 10, 2016

Positif minda

MOTIVASI HARI INI..tukarkan mindset dan kata kata bicara anda sekalian dari NEGATIF kepada POSITIF 😍

1.🚫Asal :  Aku takde duit nak berniaga.
✔Ubah :  Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2.🚫Asal :  Aku mana ada bakat berniaga.
✔Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada berniaga.
✔Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
✔Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, tak laku dan malu.
✔Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila kaya.
✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7.🚫Asal  :  Aku banyak hutang.
✔Ubah  :  Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
✔Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada

9.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk berniaga?
✔Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.

Jom Ubah !

Share jika bermanfaat 😉😉

No comments:

Post a Comment

Komen