POWr Holiday Countdown

Wednesday, July 23, 2014

berita malaysia- Diplomasi Rahsiah. - Datu Seri Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan "diplomasi rahsia" dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan bagi mendapatkan kembali mayat mangsa dan kotak hitam dari lokasi pesawat MH17 terhempas, lapor Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.
Sementara pemimpin negara lain mencemuh puak pemisah mendakwa mereka bertanggungjawab atas insiden itu Khamis lepas, Najib "berhati-hati menolak" dan tidak turut sama menyalahkan mereka, katanya.
Sebaliknya, kata SMH, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan "yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia."
Di bawah perjanjian itu, kotak hitam dari pesawat MAS itu diserahkan kepada pegawai Malaysia hari ini selepas mesyuarat selama dua jam antara rombongan dari Malaysia dengan Borodai.
Kotak hitam itu boleh membekalkan maklumat penting saat akhir MH7 sebelum ia ditembak di timur Ukraine, kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.
Najib juga berkata malam tadi, mayat 282 penumpang MH17 akan diterbangkan ke Amsterdam bersama enam anggota pasukan Malaysia menggunakan pesawat Belanda Hercules C130 untuk proses pengecaman.
SMH melaporkan, Najib dikritik kerana tidak menyalahkan puak pemisah, dan kemarahan meningkat terhadap cara pengurusan mayat penumpang yang 43 daripadanya adalah warga Malaysia.
Mayat penumpang dilaporkan sudah mula mereput dan pekerja krew keselamatan bekerja di bawah pemerhatian penuh kumpulan pemberontak.
Namun, tanpa diketahui, Najib berunding dengan Borodai, yang dilaporkan berkata hanya akan menyerahkan kotak hitam itu dan mayat kepada Malaysia.
Beberapa menteri dari negara ini termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berada di Kiev untuk berunding, membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan nahas.
"Ada ketikanya saya ingin menyuarakan kemarahan sama seperti dirasai rakyat Malaysia. Saya merasai perkara itu, namun kita perlu bekerja dengan senyap untuk memberikan keputusan yang lebih baik.
"Hati saya dekat dengan mereka yang kehilangan anggota keluarga mereka," katanya, dan menambah, persetujuan yang dicapai hari ini akan memberikan laluan untuk penyelesaian isu ini.
Beliau berkata ketika sidang media khas awal hari ini, perjanjian itu dibuat dengan niat yang baik dan puak pemisah juga memberikan kerjasama penuh mereka.
Najib berikrar akan membawa pulang mayat warga Malaysia minggu ini, penghujung bulan Ramadan sebelum menjelangnya Aidilfitri.
Ekoran insiden pesawat MH17, sejumlah 537 nyawa hilang dalam tragedi nahas udara dialami Malaysia termasuk kehilangan pesawat MH370 yang berlaku kurang lima bulan lalu. – 22 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Komen