TIPS DAN PANDUAN MEMBELI KERETA BARU
Dalam industri jual beli kereta, terlalu banyak berlaku penipuan sehingga jurujual kereta kini dipandang sebagai kaki penipu... Sebelum menjadi jurujual kereta, saya juga telah jadi mangsa penipuan semasa membeli kereta pertama saya... justeru itu, setelah saya memasuki dunia jual beli kereta ini, saya dapat mengetahui selok belok penipuan dan barulah saya menyedari bahawasanya saya telah ditipu. Ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk membantu menyelamatkan seberapa ramai pelanggan yang boleh untuk mengelakkan mereka dari ditipu...
1. Buat keputusan kereta apa yang anda hendak beli... Boleh rujuk 8 LANGKAH DALAM MEMBUAT PEMILIHAN UNTUK MEMBELI KERETA sebelum membuat pemilihan.
2. Dapatkan harga atas jalan (on the road price) kenderaan tersebut. Ingat, harga solid dan metallic mempunyai harga yang berbeza. Sebagai contoh klik disini. Atau cara yang lain yang lebih baik, rujuk website rasmi pengeluar kenderaan untuk semak harga atas jalan tersebut.
3. Semak diskaun/rebat jika ada untuk kenderaan yang anda ingin beli. Kerana pada bahagian ini lah pelanggan selalu ditipu. Dinasihatkan untuk menyemak pada website rasmi pengeluar kenderaan... jngn terpedaya dengan diskaun/rebat yang luar biasa, selalunya lebih tinggi dari diskaun/rebat yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan.
4. Minta jurujual kirakan bulanan kereta anda. Untuk pengetahuan anda, kiraan bulanan tersebut adalah anggaran jurujual sahaja. Tidak ada seorang jurujual pun yang boleh memberikan bulanan yang tepat kepada pelanggan kerana jumlah bulanan tersebut bergantung pada jumlah pinjaman, tahun pinjaman dan interest rate yang ditetapkan oleh bank.
5. Tanya jurujual, apakah hadiah atau free gift yang boleh diberi oleh jurujual. Disini pelanggan boleh nego dan membuat tawar menawar dengan jurujual. Minta la dengan berpada-berpada mengikut kemampuan jurujual. Kerana gift tersebut adalah daripada komisyen jurujual. Pendapatan jurujual adalah berdasarkan komisyen, jika pelanggan minta berlebihan, akan menganiaya jurujual. Disini la akan bermula segala macam penipuan dimana, jurujual akan cuba mendapatkan kembali wangnya yang telah dikikis oleh pelanggan. Kadangkala pelanggan yang telah berjumpa jurujual yang jujur, tetapi akhirnya mengubah jurujual tersebut kepada jurujual penipu kerana desakan pelanggan yang inginkan pelbagai hadiah. Apa yang penting anda mendapat kereta baru anda. Jangan hanya kerana mengejar hadiah bernilai 2-3 ratus tapi anda akhirnya hilang 3-4 ribu.
6. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat diatas, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank:.
Pekerja Kerajaan :
- 1. Salinan IC
- 2. Salinan Lesen
- 3. Payslip 3 bulan.
- 4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)
Pekerja Swasta :
- 1. Salinan IC
- 2. Salinan Lesen
- 3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
- 4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
- 5. Penyata KWSP
Peniaga :
- 1. Salinan IC
- 2. Salinan Lesen
- 3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
- 4. Bank Statement 6 bulan
Skim Graduan (Siswazah Yang Telah Tamat) :
- 1. Salinan IC
- 2. Salinan Lesen
- 3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
- 4. Surat tawaran pekerjaan.
Studen / Pelajar :
- 1. Salinan IC
- 2. Salinan Lesen
- 3. Kad Pelajar
- 4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)
7. Setelah dokumen tersebut telah diserahkan kepada jurujual, jurujual akan membuat permohonan pinjaman di bank bagi pihak anda. Setelah jurujual menyerahkan permohonan kepada pihak bank, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank. Jika jurujual ada mengajar cara menjawab, maka jawab la mengikut apa yang diajar oleh jurujual, kerana cara menjawab juga akan menentukan faktor kelulusan pinjaman.
8. Setelah ditemuramah, 2-7 hari selepas itu barulah keputusan oleh pihak bank akan dikeluarkan. Samada lulus atau gagal, ataupun kelulusan bersyarat. Jika telah lulus, semak jumlah pinjaman yang telah diluluskan. Harga atas jalan – jumlah pinjaman = jumlah bayaran pendahuluan yang perlu dikeluarkan. Contoh RM44,000 – RM40,000 (jumlah pinjaman) = RM4,000 bayaran pendahuluan.
9. Setelah anda berpuas hati dengan kelulusan tersebut, maka anda boleh la set kan masa untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Minta jurujual aturkan temujanji anda dengan pihak bank
10. Setelah perjanjian ditandatangani, maka anda boleh la menunggu pihak jurujual mendapatkan no chasis untuk anda. Tempoh menunggu bergantung kepada stok kenderaan tersebut. Setelah anda menerima no casis, anda boleh la membuat pembayaran wang pendahuluan jika ada. Jangan membuat pembayaran selagi anda tidak menerima no chasis. Minta jurujual sms atau text anda no chasis sebagai bukti. Ikutilah 3 langkah pembayaran ini untuk langkah keselamatan:
- 1. Pembayaran tunai (datang sendiri ke showroom)
- 2. Pemindahan wang melalui akaun (pastikan nama penerima adalah autorized dealaer/branch) bukan nama individu.
- 3. Pembayar melalui check atau bank draf (pastikan atas nama syarikat autorized dealer/branch) bukan nama individu.
11. Setelah pembayaran dibuat, anda boleh la menunggu kereta anda didaftarkan di JPJ. Setalah pendaftaran dibuat, 2-5 hari masa yang diperlukan untuk mendapatkan geran serta cukai jalan daripada jpj. Tempoh tersebut adalah bergantung pada situasi
12. Sebaik sahaja jurujual menghubungi anda bahawa geran dan cukai jalan diterima, anda boleh la menentukan masa dan lokasi untuk mengambil kereta.
13. Periksa kereta anda semasa mengambil kereta. Setelah anda berpuas hati dengan keadaan kereta anda, tuntut lah hadiah yang dijanjikan. Kemudian tandatangan borang penyerahan kereta dan bawa la pulang kereta baru anda.
No comments:
Post a Comment
Komen