huhuhu...hari ini saya ingin berkongsi tentang tips pembelian kereta terpakai. baru saja siap membantu mengurus kereta kawan.
#1 – Tempat Membeli
Used Car atau orang persendirian? Jika used car pilihlah dengan betul bagi mengelakkan ditipu oleh penjual. Ini bukan bermaksud semua used car itu menipu pelanggannya, tetapi haruslah berhati-hati dalam memilih kerana bisness utama mereka adalah untuk menjual seberapa banyak kereta yang mereka milikki.
Kebiasaannya used car akan memperbaiki segala kerosakan yang terdapat pada kereta tersebut pada harga tertentu sebelum dijual. Ia nya bergantung kepada keadaan kereta tersebut.
Cuba lakukan survey di beberapa buah syarikat used car sebelum memilih model kereta yang anda suka kerana kuasa membeli adalah ditangan anda.
Bagi orang persendirian hanya cuma perlu melihat iklan-iklan yang disiarkan di dalam suratkhabar atau majalah kereta.
#2 – Usia Kereta Dan Mileage Kereta
Carilah kereta yang usianya di bawah 10 tahun atau mileage-nya kurang dari 100,000 km. Jika kurang jarak perjalanan maka kuranglah penggunaannya.
Saya tidak mengesyorkan para pembaca memilih kereta yang berusia lebih dari 10 tahun kerana kereta tersebut tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Ini boleh mendatangkan masalah pada kemudian hari jika berlaku kemalangan atau kehilangan.
#3 – Pemeriksaan Visual
Sebaiknya dinasihatkan agar anda membawa orang yang lebih arif mengenai kereta atau mekanik kerana mereka boleh menilai keadaan sebenar kereta tersebut.
Jika tiada, anda boleh menilai sendiri dengan melihat dengan terperinci pada setiap inci kereta tersebut. Pastikan tiada kesan kemalangan atau kemik pada bahagian badan kereta.
Elakkan menilai kereta pada waktu malam kerana cahaya yang kurang akan melindungi pemandangan terhadap cacat cela kereta tersebut.
Buka pintu, bonet di hadapan dan belakang. Pastikan tiada bunyi pelik atau kurang sedap didengar. Lihat pada enjin kereta. Kebiasaannya enjin kereta dan bahagian dalaman kereta akan dicuci oleh pihak penjual. Periksa sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin kereta sama ada di atas lantai atau tanah.
#4 – Hidupkan Enjin Kereta
Hidupkan enjin dan lihat pada bahagian badan kereta untuk memastikan anda tidak terlepas pandang terhadap kekurangan pada kereta tersebut.
Semasa enjin berjalan sila lihat jika terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin. Periksa pada dashboard jika terdapat lampu amaran menyala atau tidak.
Hidupkan penghawa dingin semasa enjin masih berjalan dan sepatutnya enjin tidak bergegar terlalu kuat ketika penghawa dingin dihidupkan. Jika tiada bermakna enjin tersebut masih dalam keadaan yang baik.
#5 – Pandu Uji Kereta
Kebiasaannya penjual akan membenarkan pembeli untuk memandu uji kereta tersebut. Sekiranya pihak penjual meminta dokumen ataupun wang pendahuluan, berkemungkinan pihak tersebut ada niat yang tidak baik.
Ketika anda sedang memandu uji, cuba anda pandu pada kelajuan yang lebih tinggi untuk menguji rasa pecutan kereta tersebut. Pastikan ketika itu anda peka sekirannya terdapat gegaran yang tidak sepatutnya, bunyi yang pelik dari enjin dan sebagainya.
Pada kelajuan tinggi sila lihat pada stereng kereta. Pastikan tiada gegaran melampau. Di jalan lurus cuba tekan brek dengan sedikit kuat dan lepas stereng. Jika stereng dalam keadaan tegak, tiada masalah. Tetapi sekiranya stereng ke kiri atau kanan berkemungkinan besar terdapat kerosakan pada kawasan tayar, stereng atau tie rod (suspensi tayar).
Ketika menekan brek pastikan tiada bunyi yang kurang sedap di dengar.
#6 – Selepas Pandu Uji
Selepas anda memandu uji kereta tersebut, jangan terus matikan enjin. Buka bonet hadapan dan lihat sekiranya terdapat kebocoran minyak hitam enjin lagi. Sekiranya anda berpuas hati, anda boleh berurusan dengan pihak penjual.
Pastikan kereta tersebut mempunyai dokumen dari pihak Puspakom kerana sekiranya tidak mendapat kelulusan dari pihak Puspakom, anda tidak boleh membuat pinjaman bank.
Kebiasaannya semua kereta di syarikat used car sudah disiapkan dengan dokumen dari pihak Puspakom. Periksa dan teliti dokumen tersebut sebelum berbincang mengenai pembayaran.
Credit pada TT yang baik hati = http://adfoc.us/2890035354888
No comments:
Post a Comment
Komen